Wednesday, October 21, 2009

19 KEISTIMEWAAN WANITA & 6 WANITA MALANG

19 KEISTIMEWAAN WANITA & 6 WANITA MALANG 19 KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6 JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

Friday, August 28, 2009

Kenangan silam...aku dan dirimu.

Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....

Saudara/saudariku,

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Trust me........Never love a love that hurts...never hurt a love that loves !!!

Thursday, August 27, 2009

Keinsafan di Bulan Ramadhan

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

  • WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN
  • WAKTU SENANG SEBELUM> SIBUK
  • WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT
  • WAKTU MUDA SEBELUM TUA
  • WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

Sesudah itu,hargailah peluang yang ada demi kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sunday, August 23, 2009

Impian Seorang Isteri

Setiap isteri mengimpikan seorang suami mithali untuk turut sama mengemudi bahtera rumahtangga supaya keharmonian dapat dikekalkan.

Suami mithali bukan sekadar hebat di atas ranjang, yang penting dia tidak

  • Meninggalkan sembahyang
  • Berhutang keliling pinggang
  • Terhuyung - hayang meneguk sajang
  • Mata keranjang/ hidung belang
  • kaki temberang, lidah bercabang
  • Bermain mata dengan si genit, leher jinjang, rambut ikal mayang
  • Mudah berang tatkala terdengar fitnah orang

Suami mithali mempunyai ciri-ciri antaranya seperti

  • Sanggup menghadapi musibah dengan tenang dikala bahtera dihempas gelombang
  • Membelai anak isteri dengan penuh kasih sayang
  • Membanting tulang empat kerat dari pagi hingga petang agar anak isterinya hidup senang lenang

(petikan daripada Majalah Perempuan, Edisi Julai 2007, Bil 211)

Friday, August 21, 2009

Pesta Buntal, Spaoh

Alhamdullilah...wajah kesayangan hamba,Mr Osen in da house dah selamat kembali kepangkuan "My Princess".hehehe..... Tiga hari nya pergi,tedah...sambil ya ngabas org tua di kampung juak..Sebenarnya........ada pesta ikan buntal di kampungnya yg d beri nama Kampung Manggut,Spaoh....adalah juak buah tangannya dari kampung untuk princessnya tok...seperti buah nenas, buah mempelam n paling best jantung pisang untuk bondaku tersayang (atas permintaan mak)...makseh sayang. Tapi, bapaknya lah ngambik semua buah-buahan ya dari kebun cdakorg...hampeh juak osen tok. Niat osen tek nk mbak ikan buntal, x da gk katanya...apa-apa je lah. Buah2an ya pun dah cukup untuk santapan akak sorang nie..wakakakakka

erm...mun dpt cuti next year,mok ngekotnya g pesta buntal..susah kmkorg pun cuti mok approved.nama kita tok keja marketing...x palah....rinduk ati juak dgr citanya tek..ada acara ngail ikan buntal pake aluminium, ngitung berapa ekor ikan buntal,lombak perahu,persembahan minus one dari Amir Ukays. nak x sangka nya tek ada artis luar berlagu d kampung cdak tok. Selain ya,ada pentasrama..menurut cerita mr osen...cdak tok berlagu atas lori, kira lori tok pentas cdak lah..sambil berlagu ya tek ada drama indah..rasanya muzikal drama main cdak tok.paling osen suka nangga..cuba teka....teka gk...salah ya.hahahahhahahaa.................nangga miak kampung main bol.

nampaknya ya jak lah cerita aktiviti kampung cdak osen bulan ogos tok tek.......wasalam.

Sunday, August 9, 2009

Jom Booking Baju..

Best...nang best menar eh...

Petang ahad ya tek,Mrs Sam n kakak ekot sama pegi nangga bj di kedei rah ??????????dpt juak ku tok booking baju kebaya ngan rega RM10.

Seblm ya, aku x tauk boleh booking baju ke sik d cya,dgn gelojohnya...aku pun btanya ngan salesgal ya...boleh booking bj d ctok kah?alu nya pun madah...boleh reserve bj ctok..apagik ku...brapa mun nk reserve...jwpnnya,rm20.dah tauk x mbak cukup duit..ada ati juak nk nanyak.aku lalek apa....maka,dengan tidak malunya....aku bertanya ngan Mrs Sam...ktk ada rm20 kah...mem madah x ada..hanya ada rm10 jak cuz nya lom cucuk duit gk.Never mind,ku pun cuba mintak kurangkan ke rm10. alhamdullilah,maok juak tauke nyiur ya...n ada 10% diskaun gk ya.

Aku booking awal baju ya bkn apa..takut x da stok gk...cdak kede madah...jual segek jak utk setiap baju..auk jaklah...marketing strategy tuu.....aku x kesah lah,yg penting....aku suka sbb nya warna itam n pesen baru...ditambah lagi,x jarang n kain ya x payah nk seterika glak...Wonderful!!!!!!

Terima kasih Mrs Sam cuz introduce ngan kmk kede ya n nyamik duit rm10..I tok nang dh sengkek menar...koh. baju melayu pun byk juak n "kualitinya boleh dipercayai". Aku dah promote ngan Osen...bj melayu d cya...warna putih nang kacak...hopefully,nya meli warna ya...

Friday, August 7, 2009

Ada Ku KesaH

Dear Ema a.k.a Mrs Sam,

Never listen to other people's tendencies to be negative or pessimistic...cause,they take your most wonderful dreams and wishes away from you. The ones you have in your heart! Always think of the power which words have. Because everything you hear and read will affect your actions!!!

Therefore.....

Always be positive !! and above all:
Be DEAF when people tell you that you can not fulfil your DREAMS!

Always think:
I can do this!!!